Syarat


 Syarat-syarat sewa kereta


1. Tidak dibenarkan menghisap rokok semasa memandu dan semasa berada di dalam kereta bagi penumpang. Sekiranya peraturan ini gagal dipatuhi sebarang penyewaan pada masa akan datang tidak dibenarkan.
2. Sebarang saman yang terdapat semasa anda menyewa kenderaan hendaklah dijelaskan oleh anda. Kami akan hubungi anda sekiranya terdapat saman.
3. Sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan kerosakan kenderaan sepanjang penyewaan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak penyewa.
4. Hendaklah meninggalkan motorsikal atau notebook atau sejumlah wang tunai sebagai cagaran. Ianya akan dikembalikan sekiranya keadaan kereta baik seperti semasa diambil. Jika berlaku kemalangan cagaran ini akan disimpan sehinggalah bayaran yang diminta dijelaskan.
5. "BOOKING" Jika anda hendak BOOKING,hendaklah melebihi RM50 keatas..Jikalau anda gagal mengambil kereta pada waktu yang sepatupnya, duit BOOKING anda tersebut dikira hangus.

Kes-kes yang pernah berlaku untuk renungan bersama :

Kes 1
Kereta Viva remuk bumper depan kerana melanggar babi. Penyewa membelanjakan sebanyak RM380 untuk menggantikan dengan yang baru.
Kes 2
Kereta Viva remuk teruk depan kerana melanggar belakang kenderaan lain di Kuala Lumpur. Kerosakan ditanggung oleh pihak Insurans. Tetapi pihak penyewa perlu membayar sekurang-kurangnya RM1000 kerana pihak kami terpaksa menanggung kerugian kerana kereta berada di bengkel selama beberapa minggu.
Kes 3
Kereta Myvi remuk di bahagian kiri. Penyewa membelanjakan RM450 untuk urusan baik pulih.

Berhati-hatilah semasa memandu. Janganlah menyusahkan orang yang anda sayang.